Monday, December 30, 2013

KEBAHAGIAAN 2013

Kejayaan anak-anak adalah kebahagiaan ibu bapa.  The same goes to my hubby and I.  Pencapaian anakku Sheikh Muhammad 'Arieq Huwaidi yang mendapat 5A dalam UPSR tempohari amat menggembirakan ku sebagai seorang ibu.  Akhirnya sekian lama menanti, dapat juga aku merasa kebahagiaan apabila anak kita mendapat kejayaan yang cemerlang.  Kebahagiaan ini ditambah lagi apabila anakku Sh. Muhammad Syamiel Khuzaifah mendapat 6A 2B dalam peperiksaan PMRnya.  Ini adalah pencapaian terbaik baginya kerana peperiksaan semester tidak pernah mendapat keputusan sebaik ini. Keputusan ini adalah tidak dijangka sama sekali.  Rasa berbaloi berleter dan menasihati anak sepanjang masa sehingga menjelang peperiksaan.  Tujuannya tak lain tak bukan agar mereka berjaya dalam peperiksaan utama dan tidak ketinggalan jauh dari rakan-rakan lain.

Anak-anak zaman digital ini semuanya bijak-bijak belaka dan mereka haruslah bersaing secara sihat sekiranya mereka mahu menjadi anak yang berjaya dan tidak ketinggalan jauh dari rakan-rakan lain.  Syukur akhirnya mereka dapat menyahut cabaran dan membuktikan yang mereka boleh.

Tiada lain yang dikehendaki oleh ibu bapa melainkan melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran dan dapat menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.  Mudah-mudahan mereka dapat mencapai cita-cita yang diimpikan dan dapat menabur bakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara kelak. Amin....

Thursday, December 26, 2013

Ya am i dreaming? Why am i suddenly have this feeling to write in my blog that i have left in a very long time.  i have this need to write something.  About what? Don't know...anything i guess...
It's been four years since i've walked thru my blog.  Maybe i should do the walking more frequently this time.

New year is just around the corner you guys...2014 is coming, leaving 2013 with so much good and bad reminiscence....

Hopefully this new year will bring many happiness to me and my family.